Penyanyi rap Caprice mengakui dimasukkan ke hospital kerana demam dan sesak nafas, namun tidak ada kaitan dengan Covid-19.

Caprice berkata dia sudah menjalankan empat ujian dalam masa dua minggu, tetapi negative Covid-19.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Caprice turut memohon maaf kerana sudah lama tidak bersiaran disebabkan berulang alik ke hospital dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun katanya, dia sempat mencuri masa untuk bekerja dan menghadiri pembentangan tender, semalam (Jumaat).

“Alhamdulillah, selepas empat ujian dalam masa dua minggu, bukan Covid-19. Minta maaf kerana NOT Covid-19.

“Minta maaf kerana dua minggu tidak ada di sini (Instagram), kerana saya keluar masuk hospital.
Pagi tadi sempat lari jap untuk pitching / presentation for a tender...

“InsyaAllah if i get it, it will allow me to be back in the IT / tech industry by Ramadan,” katanya.

Dalam hantaran sama, Caprice turut memberitahu doktor belum menemui punca demam dan sesak nafas dialaminya.

“Doktor masih tak tahu lagi punca cap demam dan sesak nafas..InsyaAllah I’ll be ok,” katanya.

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)