Berita
“Buat Allahyarham Suamiku Yang Tercinta, Hari Ini Genap Sebulan Abang Meninggalkan Kami....”- Isteri Abam Bocey
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia.
Hidayah seperti memberi bayangan yang dia kini semakin tenang dan reda dengan ketentuan itu.
“Setiap yang hidup, pasti akan mati. Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T.
“Buat Allahyarham suamiku yang tercinta, hari ni genap sebulan abang meninggalkan kami semua.. Al-Fatihah (dibaca) Syed Umar Mokhtar..,” katanya.
Hidayah berkongsi luahan rasanya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah berkongsi foto kenangannya bersama arwah.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya pada 10 Februari lalu.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.
Abam merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.
Must-Watch Video