Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Buat Anak Kecilku, Tunggu Mama Di Sana Ya Sayang," - Almy Nadia Mohon Maaf Kepada Suami Kerana Keguguran

ZULHILMI JALIL 12/02/2020 | 09:16 MYT
Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi luahan hatinya buat pertama kali selepas insiden keguguran bayi yang dialaminya semalam di Instagram.
Menerusi luahan tersebut, Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34, turut memohon maaf kepada suaminya pelakon, Datuk Fizz Fairuz kerana tidak dapat melahirkan anak keempatnya itu.
"Ya Allah kau permudahkanlah urusanku hari ini. Kau percepatkanlah semuanya. Kau lancarkan semuanya. Maaf jika saya tak dapat nak balas satu persatu WhatsApp dan DM (mesej peribadi) semua, keadaan masih belum mengizinkan.
"Maafkan mama sayang @fizzfairuzofficial maafkan mama, ampunkan mama sayang @fizzfairuzofficial. Buat anak kecilku, tunggu mama di sana (syurga) ya sayang," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Menerusi entri tersebut, Almy turut berkongsi gambar dirinya sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Ya allah kau permudahkanlah urusan ku harini.. kau percepatkanlah semuanya.kau lancarkan semuanya.. maaf jk sy tak dpt nak reply 1 per 1 wassap@dm semua.. keadaan masih belum mengizinkan.. maafkan mama syg @fizzfairuzofficial maafkan mama,ampun kan mama syg @fizzfairuzofficial .. buat anak kecilku,tunggu mama di sana yer syg ????..

A post shared by Almy Nadia (@almynadiaofficial) on

Perkongsian Almy itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Rata-rata mendoakan agar Almy terus tabah untuk menghadapi ujian yang menimpanya.
"Semoga dipermudahkan urusan akak dan abang Fizz. Allah lebih sayangkan dia. Dia anak syurga. Kami di sini doakan akak dan keluarga bertabah. Semoga keadaan semua baik-baik sahaja.
"Bersabar Datin, semuanya ada hikmah. Semoga sihat seperti biasa," tulis sebahagian pengikutnya.
Semalam, Almy dilaporkan mengalami keguguran selepas 14 minggu usia kandungan.
BACA: "Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat" - Fizz Fairuz Sebak, Almy Nadia Keguguran
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia
;