Pelakon cantik Emma Maembong mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai loket tulisan jawi yang dipakainya.
Terdahulu, loket tulisan jawi menjadi perdebatan di kalangan pengikutnya di laman sosial Instagram (IG).
Ada netizen yang berpendapat loket tulisan jawi tidak boleh dijadikan perhiasan di tubuh badan apatah lagi digayakan dengan pakaian yang mendedahkan aurat.
BACA: Loket Tulisan Jawi Emma Maembong Jadi Pertikaian Netizen
Menurut Emma, jika dia bersuara dirinya tetap akan menjadi bualan orang ramai.
"Saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya kalau komen pun perkara ini tetap akan berpanjangan.
"Tak mengapa, biarlah apa orang nak cakap pasal saya. Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita," katanya.
Emma ditemui usai program Meletop Special di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.
Pemilik nama Fatimah Rohani Ismail berkata ia akan berlarutan jika terus-menerus melayan komen negatif.
"Selagi kita melayan komen-komen negatif daripada netizen, lagi rancak buli siber berlaku.
"Bila kita tahu apa yang dilakukan, ambil jalan dengan tidak peduli dengan mulut orang lain.
"Buat apa kita depresi disebabkan terlampau memikirkan apa yang orang luar bercakap pasal kita.
"Cara paling terbaik adalah kita tahu mana yang baik dan buruk. Semua itu antara kita dengan Allah serta sesama manusia," katanya kepada Gempak.
Kini Emma sedang aktif mempromosikan drama bersiri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan dalam slot Dramavaganza.
Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Selain Emma, drama Cemburu Seorang Perempuan ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Amyra Rosli, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan di slot Dramavaganza mulai 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
Zulaikha Yusof
Fri Nov 01 2019


Bunga's Secret Garden & McD Virtual Rock Concert Menang Emas APPIES APAC 2022!
Dua produksi terbitan Astro Gempak, Bunga's Secret Garden dan McD Virtual Rock Concert memenangi anugerah emas dalam majlis Anugerah APPIES Asia Pacific 2022 baru-baru ini.

Syarikat Safiey Ilias Didenda Di Mahkamah Miliki, Jual Produk Kesihatan Tidak Berdaftar
Tunggu dan lihat.

Selepas BLACKPINK, Rain Pula Datang Malaysia! Ehem, Tiket Percuma Tau
Hi nama saya Rain, ha gitu. Heheh
.png?ext=.png)
Peminat Anggap Atas Angin Independent Festival Sebagai Taman Permainan, Tolak Tepi Stigma Masyarakat, Penganjuran Perlu Diteruskan!
Peminat mahukan Atas Angin diteruskan

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - OOD
boleh pulak dia order upside down.. Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna.

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - ARTEH
Amboii abg ropie mengkome !! Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - HIGHLIGHT
Fuh makin banyak minggu makin hebat semua !

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MINGGU 4 - NGAM
Ngam tak ngam diorang ni? Saksikan Muzikal Lawak Superstar 3, Setiap hari Jumaat Jam 9.00 malam di Astro Warna..

Kapal Layar Mewah RM200 Juta Kejutkan Warga Kuala Perlis
Wow, bentuk macam kapal angkasa!

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..”
Macam-macam kena tuduh!