Gaya Hidup
“Buat Apa Pakai Kereta Mewah Kalau Duit Dalam Poket Tarak?” - Mawar Rashid Bangga Pandu Myvi
Pelakon Mawar Rashid tidak kisah memandu kereta Myvi walaupun sudah bergelar selebriti kerana tidak suka membazir.
Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi foto kereta kesayangannya itu yang diberi nama Mimi.
“Saya bangga bawak Mimi. Mimi tu nama kereta saya la. Saya ni jenis tak suka membazir sebab saya tahu macam mana susahnya nak cari duit. Dari kecil hidup susah, semangat jiwa raga jadi kuat sebab memori kesusahan dulu.
“Walaupun dapat duit shooting/bisnes beratus ribu sekali pun, saya tak akan senang-senang nak boros. Buat apa hidup pakai kereta mahal-mahal, barang mahal-mahal tapi tiada duit simpanan,” tulis Mawar sebagai kapsyen.
Malah, Mawar mahu memberikan pengaruh yang baik kepada semua pengikutnya dengan tidak menunjuk barangan mahal, baju baru dan kereta mewah.
“Kita kan kena hidup jimat cermat, pandai simpan duit. Lebih baik saya tunjuk kat korang yang okay je hidup besederhana, janji dalam poket menebal dan duit simpanan beranak,” ujarnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak, ramai memuji tindakan Mawar yang hidup serba sederhana tanpa perlu membazir.
“Mekwa ni sangat beri inspirasi,” kata seorang wargamaya.
“Tapi Mekwa ada kereta BMW kan? Suka tengok stail Mekwa yang sederhana tapi sebenanrnya high class,” komen seorang wargamaya.
“Bagusnya semangat Mawar ni,” puji seorang wargamaya.
“Myvi ni bab parking senang. Pastu kalau langgar sana sini pun taklah ralat sangat,” ujar seorang wargamaya.
“Wanita Kelantan memang pandai cari dan simpan duit,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian kereta Mawar telah mendapat hampir 70,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Must-Watch Video