Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

“Buat Apa Pakai Kereta Mewah Kalau Duit Dalam Poket Tarak?” - Mawar Rashid Bangga Pandu Myvi

Azwa Rahman 08/05/2020 | 08:18 MYT
Pelakon Mawar Rashid tidak kisah memandu kereta Myvi walaupun sudah bergelar selebriti kerana tidak suka membazir.
Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi foto kereta kesayangannya itu yang diberi nama Mimi.
“Saya bangga bawak Mimi. Mimi tu nama kereta saya la. Saya ni jenis tak suka membazir sebab saya tahu macam mana susahnya nak cari duit. Dari kecil hidup susah, semangat jiwa raga jadi kuat sebab memori kesusahan dulu.

Mekwa bangga bawak ‘MIMI’.. hehe, MIMI tu nama kete MYVI Mekwa laa? Mekwa ni mmg jenis x suke memBAZIR, sbb mekwa tahu betapa susah nye nak cari duit. Dari kecik hidup susah, jd x nk manjekan hidup senang lenang mcm tu.. syukur sbenarnya dpt rasa NIKMAT susah tu, SEMANGAT jiwa raga jadi KUAT sbb memori kesusahan dulu.. • “NAIK BUS METRO JE DULU pi skolah” Nk jimat punya pasal. 50sen je! kalu rapid mahal sikit..? • Walapun dpt duit shooting/duit bisness beratus ribu skalipun, I tak kan senang2 nak boros, nak habiskan duit I.. buat apa nk hidup pakai kete mahal2, barang mahal2, tapi saving takde? Income tak stable? Sedeeyyyy.. • Pada masa yang sama, Kan ramai yg follow Mekwa, kalau Mekwa asyik nk tunjuk pakai brg mahal, asyik2 nak pakai baju baruu je, pakai kete mahal.... nanti sume pun terpengaruh, nk terikut.. lain la kalau you all mmg hidup senang tu x de masalah la kan.. • Buat ape pakai kete CLASSY tapi duit dalam poket tarak, saving tarak, investment tarak kannn??? • Kite kan patut jimat cermat, pandai simpan duittt githuww.. lebih baik mekwa tunjuk kat korg yang it’s okay hidup sederhana, janji dalam pocket menebal, dalam savings beranak2.. • Tipu la kalau Mekwa takde kete Idaman.. ofcos ade.. ? tapi I kene sabar and tahan nafsu.. after I blajar ngan guru2 I @koijamal , @iezayusofofficial tentang kewangan, I lagi lah happy ada ilmu tentang kewangan ni.. dengan ilmu, nak buat pape pun jadi bersemangat! • SEKARANG I aim untuk ada SAVINGS and INVESTMENT, baru la boleh pencen awal! ? “Kereta idaman Mekwa guano terr?” Hehehe.. takpe.. bila dah ready, bila dah ada extra duit nanti laa ?cukup lah myvi i ni boleh gerakkan I kesana kesini kesana kesini.. • NAK TAK KALAU MEKWA SHARE ILMU2 KEWANGAN yang Mek blaja ngan guru2 Mek!?Bukan pasal kewangan je, Mek nak GUIDE cara nk CETAK DUIT jugak!!! Kalau nak, gi tekan link kat bio Mekwa dulu.. duduk dulu dalam circle Mekwa tu.. FREE JE. TAK PAYAH BAYAR PAPE PON! Okbye #SPEED2020 #mybabyboy #mawarosemestiraya • Baju dari @hijabista.hub , shawl dari @zeezscarves

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Walaupun dapat duit shooting/bisnes beratus ribu sekali pun, saya tak akan senang-senang nak boros. Buat apa hidup pakai kereta mahal-mahal, barang mahal-mahal tapi tiada duit simpanan,” tulis Mawar sebagai kapsyen.
Malah, Mawar mahu memberikan pengaruh yang baik kepada semua pengikutnya dengan tidak menunjuk barangan mahal, baju baru dan kereta mewah.
“Kita kan kena hidup jimat cermat, pandai simpan duit. Lebih baik saya tunjuk kat korang yang okay je hidup besederhana, janji dalam poket menebal dan duit simpanan beranak,” ujarnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak, ramai memuji tindakan Mawar yang hidup serba sederhana tanpa perlu membazir.
“Mekwa ni sangat beri inspirasi,” kata seorang wargamaya.
“Tapi Mekwa ada kereta BMW kan? Suka tengok stail Mekwa yang sederhana tapi sebenanrnya high class,” komen seorang wargamaya.
“Bagusnya semangat Mawar ni,” puji seorang wargamaya.
“Myvi ni bab parking senang. Pastu kalau langgar sana sini pun taklah ralat sangat,” ujar seorang wargamaya.
“Wanita Kelantan memang pandai cari dan simpan duit,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian kereta Mawar telah mendapat hampir 70,000 tanda suka daripada warga Instagram.
#Mawar Rashid #Kerjaya #Selebriti mewah
;