Hiburan
"Buat Apa Yang Awak Mahu, Jadi Diri Sendiri!" - Liyana Jasmay Dedikasi Ucapan Khas Sempena Hari Lahir Intan Ladyana
Sempena ulang tahun kelahiran Intan Ladyana yang ke-38 hari ini, rakan rapatnya, pelakon Liana Jasmay ada menulis ucapan istimewa.
Dalam ucapan itu, Liyana mengatakan dia mahu Intan sentisa gembira dan bahagia dalam apa jua situasi kehidupan.
"Hari ini adalah ulang tahun kelahiran awak, saya hanya awak lakukan yang terbaik dalam kehidupan, lakukan apa yang awak mahu dan jadi diri sendiri.
"Awak seorang yang bijak tapi tak pernah menunjuk kepada khalayak, semangat berdikari awak juga membuat saya berasa sangat kagum," tulis Liyana di Instagram.
Tambah Liyana, Intan akan sentiasa berada dalam doanya.
"Apa sahaja jalan kehidupan yang awak pilih, saya harap ia akan membuatkan awak gembira.
"Awak juga akan sentiasa berada dalam doa saya, selamat hari lahir kepada wanita yang paling cantik di dunia @intanladyana," tulisnya lagi.
Pada masa yang sama, Intan juga ada berkongsi foto makan tengah hari bersama beberapa orang teman rapat sempena menyambut hari istimewa itu.
Selamat hari lahir Gempak ucapkan kepada Intan Ladyana, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.