Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Buat Baik Pun Orang Kata..” - Cabar Diri Jadi Hos, Amyra Rosli Sudah Bersedia Dengan Kritikan Netizen

Azwa Rahman 28/07/2021 | 13:50 MYT
Pelakon jelita Amyra Rosli mendedahkan dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan wargamaya apabila pertama kali bergelar pengacara untuk sebuah program bercorak kewanitaan dan kekeluargaan popular.
Menurut Amyra, dia kini semakin matang untuk tidak mempedulikan kata-kata kecaman wargamaya yang hanya akan membawa kepada negativiti.
“Kalau nak kata pasal kritikan, memang Myra dah bersedia 101%. Myra bukanlah nak kata tak peduli dengan netizen tapi kita buat baik pun orang kata jadi apa yang Myra dah dapat ni, ini diri Myra, rezeki Myra. Myra akan buat cara Myra.
“Tak ada orang yang perfect, ramai yang akan buat silap dan caranya adalah perbetulkan balik. Sekiranya ada netizen yang mengecam, kita senyum je lah, tak perlu balas.
“Kalau ada maklum balas yang negatif tu, Myra dah hook diorang untuk tengok program ni. Myra tak kisah dan take it easy je. Benda baru, kita pun baru nak biasakan diri.
“Kalau mungkin bila Myra buat salah, Myra takut dengan netizen. Sekarang ni rasa macam takpe, buat je semua. Kau dah 30 tahun kot, takut apa,” ujar Amyra.
Amyra ditemui sewaktu majlis sidang media memperkenalkan pengacara baru program tersebut yang dianjurkan secara maya pada Isnin.
Menjadikan Puan Sri Normala Samsudin sebagai ikon pengacaraan, isteri kepada aktor Amar Baharin ini juga bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong kerjayanya.
“Ammar happy, dia suka tengok perjalanan karier Myra sebab dia sangat support Myra. Bila dah dapat jadi pengacara ni, dia banyak bagi semangat. Dia tahu isteri dia macam nervous, dan bila dia tengok Myra berlatih di rumah, dialah yang sentiasa menyokong dan paling dekat dengan Myra sekarang ni.
“Sejak dulu lagi Myra dah pasang impian untuk menjadi seorang pengacara tapi ilmu tu belum cukup. Tapi bila mendapat tawaran ni, rasa takut-takut yang dulu tu Myra buang dan Myra nak challenge diri sendiri.
“Gementar tu of course, dalam apa pun yang Myra buat untuk pertama kalinya memang akan rasa nervous walaupun berlakon drama yang dah bertahun Myra buat.
"Tapi, yelah benda baru, kita baru nak kenal, Myra ambil benda ni as a challenge, keluar daripada comfort zone dan jadikan rezeki yang Myra terima ni sebagai tempat Myra menimba ilmu,” jelasnya.
Mencari kelainan untuk tidak dibayangi pengacara terdahulu, Amyra akan menyuntik elemen kasual untuk menjadikan program ini lebih mesra penonton.
“Semua orang tahu pengacara program ini perlu elegan, Myra masih nak mengekalkan keanggunan tu tapi produksi nak Myra suntik karakter yang cheeky untuk hos baru ni.
“Mungkin dengan cara tu, akan rasa lebih dekat dengan penonton di rumah. Kira macam borak santai la,” ujarnya di akhir temubual.
Amyra akan mula bersiaran dalam program tersebut bermula 8 Ogos ini.
#Amyra Rosli #Mira #Filzah #Pengacara wanita
;