"Buat Bibir Lettew!" - Netizen Nakal Speku Ernie Zakri Ubah Wajah, Ini Jawapannya ...

Amri Hassan
Januari 23, 2019 10:26 MYT
Pembedahan kosmetik bukan perkara asing masa kini, bukan sahaja selebriti malah orang awam juga tidak terlepas daripada proses 'alteration' pada wajah atau badan.
Terbaharu, penyanyi Ernie Zakri pula menjadi mangsa komen-komen nakal netizen.
Menerusi foto yang dimuat naik di Instagramnya selepas hadir ke rancangan hiburan MeleTOP malam tadi, ada segelintir yang beranggapan pelantun lagu Ku Bersuara itu melakukan sesuatu pada bahagian bibirnya.
"Best tengok... Semua perfect kecuali bibir tu macam yang asal lagi comel," tulis salah seorang pengguna.
"Mulut buat lain ker? Maaf sayang, nampak sangat tak sesuai. Original mulut lagi menampakkan awal cantik," tambah pengguna lain.
"Buat bibir lettew," teka pengguna lain pula.
"Kenapa bibir nampak lain. Besar je, dah ubah ke?" soal netizen lain.
Bagaimanapun, Ernie tampil menjawab setiap pertanyaan yang diajukan netizen di laman sosialnya.
Jelas Ernie, bentuk dan saiz bibirnya disebabkan teknik solekan untuk menampakkan lebih mungil.
"Main cakap je. Overdrawn la. Itu lipstik saya lukis tebal sikit hari ini," jelas Ernie.
Biarpun sudah dijelaskan, netizen tetap terus mengusik Ernie dengan pelbagai soalan nakal lain.
#Penyanyi #Ernie Zakri #Penyanyi #Bibir