Buat Birthday Surprise Untuk Anak, Netizen Puji Aeril Zafrel Sweet!

Asraf Aided
Ogos 24, 2018 11:59 MYT
Menerusi entri di Instagram, pelakon terkenal, Aeril Zafrel telah memuat naik sebuah video kejutan untuk sambutan hari jadi anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang ke-3 tahun.
"Orang kata ayah adalah cinta pertama anak perempuan, siapalah agaknya akan menjadi pengganti ayah di hati Hayla nanti," tulis Aeril di ruangan kapsyen.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Aeril adalah seorang yang 'sweet' kerana mendukung Hayla dalam keadaan mata tertutup, dan membawanya ke arah kek hari jadi yang telah disediakan.
Isteri Aeril, Wawa Zainal dan anak pertama mereka, Ahmad Fakhruddin Attar turut meraikan detik istimewa itu.
Aeril dan Wawa mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikenali sebagai salah satu pasangan selebriti romantis di Malaysia.
Sumber : IG Aeril Zafrel
#Aeril Zafrel #Wawa Zainal