Buat Bunyi Beruk Nak Pujuk Anak Potong Rambut, Cara Syatilla Melvin Memang Lawak!

Amri Hassan
September 14, 2018 04:26 MYT
Setiap ibu bapa punyai cara sendiri untuk memujuk permata hati masing-masing.
Lain bagi pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang ingin memujuk anak sulungnya, Syeriv Samheizy untuk menggunting rambut.
Syatilla sendiri ketika sedang memangku Sheriv terpaksa membuat bunyi seakan-akan monyet demi menarik perhatian anaknya agar duduk diam
Sementara Sam pula sempat merakamkan momen lucu berkenaan.
"Kesian ibu sampai jadi beruk nak suruh anak diam," kata Sam menerusi rakaman video itu.
Video itu sehingga kini telah ditonton lebih 700,000 kali dan mendapat lebih 600 komen.
Bagaimanapun, seperkara yang tidak disenangi netizen menerusi video berkenaan apabila Syatilla membahasakan dirinya 'kau' dan 'aku' kepada Sam.
Apapun, jika itu cara Sam dan Syatilla memujuk Syeriv untuk duduk diam sementara menggunting rambut, bagaimana pula anda?
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Syeriv Samheizy