Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Buat Bunyi Dengkuran Kamal Adli, Netizen Dakwa Uqasha Senrose Buka Aib Suami - “Apa Yang Aib Ni OMG?”

Azwa Rahman
27/01/2022 08:28 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose mencuri perhatian wargamaya apabila didakwa sebagai tidak menjaga aib suami apabila berkongsi aksi tidur suaminya aktor Kamal Adli yang berdengkur.

Menerusi laman sosial Instagram, program hiburan HLive bertanyakan tentang rutin harian mereka sebagai suami isteri selepas hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Pada perkongsian video berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adlu, 36, bertanyakan pada Uqasha mengenai adakah dia tidur berdengkur.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu kemudiannya secara melawak menunjukkan aksi Kamal berdengkur beserta bunyi dengkuran.

Perbuatan tersebut membuatkan ada wargamaya yang mendakwa Uqasha seperti membuka aib suaminya.

“Aduh ni dah masuk dalam aib suami. Cerita dalam kain tak payah cerita tau Sha. Hope lepas ni jangan buat lagi ok,” ujar wargamaya tersebut.

Tampil mempertahankan isterinya, Kamal menjelaskan bahawa dia yang meminta isterinya untuk bercerita mengenai dengkuran tersebut dan bukannya aib..

“Yess my dengkur! Apa pulak yang aibnya korang ni. Suami yang suruh cerita part tu hahaha. Relaks laa cik isteri yang terseksa suami dengkur tu hahaha tercekik yang,” tulis Kamal.

Malah Uqasha juga merasakan ceritanya itu sekadar perkongsian dan bukan niatnya untuk mengaibkan suami sendiri.

“Excuse me, suami saya sendiri yang tanya dan tak kisah pun, apa yang aib ni omg? Hahaha adui,” jelas Uqasha lagi.

Imbas kembali, Kamal dan Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, mendirikan rumah tangga dalam majlis penuh romantis pada 5 November lalu di Janda Baik, Pahang.

***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​




#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Tidur berdengkur