Buat Content Langkah Kubur, Wanita Teruk Dibidas Netizen? - “Sanggup Buat Benda Bodoh Demi Nak Viral”

Muhammad Firdaus
Mei 27, 2024 03:55 MYT

Pada era media sosial ini, ramai orang sanggup berbuat pelbagai perkara pelik semata-mata untuk menjadi perhatian netizen.

Buat Konten Langkah Kubur?

Begitulah sinonimnya dengan satu video yang dimuat naik di TikTok, di mana hantaran tersebut menyalakan api kemarahan ramai pihak selepas memperlihatkan dua orang Wanita didakwa melangkah satu kubur.

Video berkenaan dimuat naik semula ke aplikasi X di mana seorang netizen mengkritik perbuatan kedua orang wanita itu.
“Kau punya bodoh pun boleh tahan gemuk juga ye!”

Kau punya bodoh pun boleh tahan gemok jugak ek. pic.twitter.com/tyYY8YsutQ

— Amran Fans (@_AmranFans) May 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Sanggup buat benda bodoh demi nak viral...

Melihat kepada hantaran yang dikongsikan, rata-rata wargamaya turut memberi reaksi negatif terhadap perilaku yang ditunjukkan oleh individu-individu di dalam video itu.

“Sebab tu lah aku kata sesetengah warga TikTok ni memang sejenis tak ada otak. Sanggup buat benda bodoh demi nak viral,”
“Patutlah kerjaya bomoh masih bertahan, orang-orang macam ni lah pelanggan tetap bomoh,”
“Ya Allah jauhkanlah aku, keturunan aku, keluargaku, sahabat handai dari perangai macam ni.

Bukan Kubur Sebenar?

Bagaimanapun, ada segelintir yang mendakwa bahawa kubur yang dilangkah oleh individu di dalam video berikut hanyalah kubur palsu dan sekadar prop untuk sebuah filem.

“Marketing, mereka buat filem,”
“Itu kubur palsu kan?”
“Nasib baik kubur content tu.”

BERITA TRENDING: Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video singkat itu meraih lebih 600,000 tontonan di Platform X.

Sumber: Platform X

#Viral #Netizen #Kubur #Pelik #Langkah