Ketika umat Islam yang berada di Mekah sibuk mengerjakan haji, namun, seorang individu yang dipercayai bukan warganegara Malaysia mengambil kesempatan merakam content tarian dan memuat naik di laman TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik, individu berkenaan dilihat menari sambil mengikut rentak lagu, sambil diperhatikan oleh orang lain yang sedang lalu lalang di sana.

BACA: Upgrade Mak Ke Agensi Swasta, Tunai Impian Isteri Nak Naik Haji, Hafiz Mahamad Bawa Satu Keluarga Ke Tanah Suci

Sungguhpun berlanggar dengan mereka yang sedang berjalan, namun, individu berkenaan masih kekal menari dan menghabiskan rakaman tariannya.

Menerusi laman Twitter, rama pengguna memberikan kritikan terhadap video yang dimuat naik itu.



“Dunia akhir zaman. Kat tanah suci Mekah pun berjoget.”

“Abu Jahal dulu pun hidup kat Mekah, tak hairan lah ada saki baki pengikut dia yang jahil ada lagi kat sana."

“Bukan orang Malaysia tapi rasa terkesan juga sebagai sama-sama orang Islam.”

BACA: “Kulit Tapak Kaki Koyak, Berpuluh Kali Siram Air Botol Kat Kepala”- Cuaca Panas Teruk, Zul Ariffin Tetap Syukur Dapat Tunai Haji​