Buat Content TikTok Menari Di Mekah, TikToker Ini Raih Kecaman Netizen
Izwan Isa
Julai 1, 2023 08:50 MYT
Julai 1, 2023 08:50 MYT
Ketika umat Islam yang berada di Mekah sibuk mengerjakan haji, namun, seorang individu yang dipercayai bukan warganegara Malaysia mengambil kesempatan merakam content tarian dan memuat naik di laman TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik, individu berkenaan dilihat menari sambil mengikut rentak lagu, sambil diperhatikan oleh orang lain yang sedang lalu lalang di sana.
Sungguhpun berlanggar dengan mereka yang sedang berjalan, namun, individu berkenaan masih kekal menari dan menghabiskan rakaman tariannya.
Menerusi laman Twitter, rama pengguna memberikan kritikan terhadap video yang dimuat naik itu.
“Dunia akhir zaman. Kat tanah suci Mekah pun berjoget.”
“Abu Jahal dulu pun hidup kat Mekah, tak hairan lah ada saki baki pengikut dia yang jahil ada lagi kat sana."
“Bukan orang Malaysia tapi rasa terkesan juga sebagai sama-sama orang Islam.”