Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Buat ‘Gender Reveal’ Bersama Keluarga, Raysha Rizrose & Nabil Jeffri Bakal Timang Bayi Perempuan

Asyraf Roslan
07/10/2024 03:25 MYT
Pelakon, Raysha Rizrose dan suami, Nabil Jeffri mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Raysha menerusi hantaran di Instagram story pada Ahad.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, kelihatan begitu teruja selepas mengetahui bakal menimang puteri sulung.

Juara Dewi Remaja 2014/2015 itu dijangka bersalin pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Majlis gender reveal yang diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club itu diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan teman rapat pasangan tersebut.

Pada 7 September lalu, Raysha mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama menerusi perkongsian di Instagram.

Untuk info, Raysha dan Nabil selamat diijabkabul pada 22 Februari 2023 selepas 10 tahun menyulam cinta.
#Raysha Rizrose #Nabil Jeffri #Baby Girl #Anak Sulong
;