Berita
Buat Hal! Anak Dr Erin Telan Duit 50 Sen Gara-Gara Pengaruh Video Trick
Bekas isteri pendakwah Da'i Farhan, Dr. Erin berdepan detik cemas apabila anak lelakinya yang berusia enam tahun bertindak menelan duit syiling selepas cuba meniru video aksi 'trick' yang ditonton di YouTube.
Menurut Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd, anaknya itu menelan duit syiling bernilai 50 sen.
"Tengok YouTube telan duit syiling boleh keluarkan balik, depa pun cuba telan, lepas tu tak boleh keluar balik.
"Haa, jem..tak ada penyakit cari penyakit. Selamat 50 sen yang baru tu, Kalau zaman 50 sen dulu memang biru dah muka," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Erin turut memuat naik paparan laporan x-ray yang menunjukkan kedudukan wang tersebut dalam badannya.
Bagaimanapun, katanya, anaknya itu sudah diberikan ubat bagi membolehkan duit syiling tersebut dikeluarkan menerusi proses pembuangan najis.
"Ni dah makan ubat bagi buang air besar, tak keluar lagi, kena x-ray sekali lagi.
"Tunggu tengok tak keluar juga, operate la jawapnya," katanya ketika membalas komen-komen netizen.
Pada masa sama, Erin turut meluahkan cabaran membesarkan anak-anak generasi sekarang.
"Diam budak-budak sekarang lain macam. Tak beli (telefon) bagi depa main games, tengok YouTube, depa kacau telefon kita.
"Beli bagi konon nak bagi kita senang buat kerja, tapi depa bagi kita tak boleh buat kerja terus," katanya.
Dr Erin mempunyai lapan orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.
Sebelum ini, Dr. Erin pernah mencuri tumpuan masyarakat apabila mendirikan rumah tangga dengan Da'i Farhan di Makkah secara senyap, sebelum mendakwa diceraikan pada April lalu.
Bagaimanapun, menerusi perkahwinan ketiganya itu, pasangan tersebut tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Must-Watch Video