Laman Utama

Buat Hal La! Minat Sambal Punya Pasal, YouTuber Korea Ini Silap Besar Apabila Terbeli….

gempak
Hanafis Haris
08/06/2021
11:25 MYT
Sponsor Banner
Buat Hal La! Minat Sambal Punya Pasal, YouTuber Korea Ini Silap Besar Apabila Terbeli….

Seorang YouTuber Korea mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik videonya memakan pelbagai jenis sambal.

Difahamkan, percubaan berani YouTuber dikenali sebagai Chu itu disebabkan minatnya terhadap kelazatan hidangan sambal.

Menerusi video berdurasi 18.21 minit itu, Chu dilihat telah memborong pelbagai jenis sambal.

Antara sambal yang dibeli adalah sambal penyet, sambali ijo (hijau), sambal tempoyak, sambal belacan, sambal goreng dan juga sambal kicap.

Paling mengagumkan, Chu turut berjaya mendapatkan sambal paling popular ketika ini iaitu Sambal Nyet.

Namun, apa yang membuat video tersebut menjadi gamat adalah apabila Chu membeli pes asam jawa.

Semuanya gara-gara pembungkusannya yang hampir sama dengan produk sambal belacan.

Tindakan Chu itu kemudian menarik tumpuan netizen apabila ramai yang terkejut dengan pembelian pes asam jawa itu.

Rata-ratanya terhibur dengan gelagat YouTuber Korea itu sebaik menghidu bau asam jawa. Epik!

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024