“Buat Hal Mak Yang Tanggung, Patut Anak Minta Maaf…” – Netizen Kecam Ahya, Persoal Kenapa Ibu Mohon Maaf

Mya Amri
April 10, 2019 07:46 MYT
Susulan permohonan maaf pelakon veteren Normah Damanhuri berhubung perkahwinan anaknya, Ahya Rosli yang mengundang penari seksi mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Malah netizen menyifatkan perkara itu tidak adil kerana permohonan maaf itu bukanlah daripada Ahya sendiri sebaliknya ibunya.
BACA: "Lebih Berhati-Hati & Janji Tidak Akan Berulang" - Normah Damanhuri Mohon Maaf Berikutan Kontroversi Penari Seksi
Mereka juga mengecam tindakan Ahya yang membiarkan ibunya menanggung malu membuat video permohonan maaf sendirian.
Terdahulu, Ahya mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Shahirah Philip pada 29 Mac.
Namun begitu, majlis perkahwinan Ahya menjadi bualan hangat netizen apabila tular sebuah rakaman video seorang lelaki menyerupai wanita berpakaian separuh bogel menari aksi lucah ketika membuat persembahan pada acara makan beradab.
Foto: Instagram @normahdamanhuri
#Kontroversi #Ahya Rosli #Normah Damanhuri