Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

Gempak
23/10/2024 13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.

Kejadian berlaku di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi baru-baru ini.

Rakaman tular di internet menunjukkan pelancong itu menarik getah lastik lalu melancarkan ‘serangan’ ke arah kandang menempatkan badak air pigmi bernama Moo Deng.

Beberapa pelancong lain daripada kumpulan sama hanya ketawa, seolah-olah tidak menyedari perbuatan tersebut berbahaya.

Individu yang merakam insiden tersebut, Patcharida Chueakhamhod berkata: “Pelancong China melastik haiwan di zoo. Pada mulanya, saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Namun, selepas melihat dengan teliti, saya sedar dia menggunakan lastik. Saya merakam perbuatannya sebagai bukti,” tambah Patcharida.

Seorang penjaga Moo Deng di zoo berkenaan berkata, beberapa pelancong dalam kumpulan itu mengambil tanah dan batu kecil untuk dijadikan ‘peluru’ lastik

“Kami akan memberikan surat amaran kepada syarikat pelancongan yang membawa mereka.

“Saya juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” tambahnya.

Zoo Khao Kheow mengharamkan penggunaan lastik berikutan kejadian itu. – AGENSI
#Viral #China #Zoo #Lastik #Badak Air
;