Hiburan

"Buat Ibu Mertuaku..." - Datuk Fazley Yaakob Dedikasi Ucapan Hari Ibu Kepada Datin Seri Rosmah Mansor

gempak
Kamaruddin Razal
14/05/2018
09:36 MYT
Sponsor Banner
"Buat Ibu Mertuaku..." - Datuk Fazley Yaakob Dedikasi Ucapan Hari Ibu Kepada Datin Seri Rosmah Mansor
Penyanyi dan usahawan Datuk Fazley Yaakob mendedikasikan ucapan selamat hari ibu kepada tiga wanita dalam hidupnya.
Wanita tersebut adalah ibunya; Datin Umi Kalsom Abdol Latib, isterinya; Datin Azrene Soraya Abdul Aziz dan ibu mertuanya; Datin Seri Rosmah Mansor.
Fazley berkongsi ucapan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
"Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya
"Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi
"Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad
"Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!" tulis Fazley panjang lebar.
Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya . Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi . Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad . Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Fazley berkahwin dengan Azrene yang merupakan anak kandung kepada Rosmah pada tahun 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7 dan Alayna Selma (Ellie), 1.
Teks: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Fazley
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024