“Buat Instagram Ni Pun Sebab Rasa...” – Ustaz Don Terharu, IG Cecah 200,000 Pengikut

Mya Amri
September 25, 2020 06:52 MYT
Penceramah terkenal berstatus selebriti, Don Daniyal atau mesra dengan panggailan Ustaz Don terharu apabila pengikut laman sosial Instagram (IG) miliknya kini mencecah 200,000.
Merujuk kepada kemas kini Instagram terbarunya, Ustaz Don mengucapkan rasa terharu dan berterima kasih kepada pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangannya di akaun media sosial tersebut.
Menurut Ustaz Don, dia berkongsi kegembiraan itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya lebih kepada menyatakan rasa penghargaan buat pengikutnya.
“Baru perasan follower saya di IG dah cecah 200k. Hehe, maaf lah bukan nak tunjuk ‘act’ atau apa cuma biasa lah, orang baru nak guna IG, tu dia rasa syok sikit.
“Apa pun salam perkenalan buat semua yang baru jumpa IG saya, selamat datang dan terima kasih sebab sudi follow saya,” tulisnya.
Menerusi coretan tersebut, Ustaz Don juga menjelaskan tujuan sebenar membuka akaun IG berkenaan.
“Saya ni tak ada apa, orang biasa saja. Buat IG ni pun sebab rasa ‘kena buat’, bukan sebab suka-suka. Kalau suka-suka memang tak sempat, tapi sebab mereka kata ramai yang buat fake account saya, jadi ramai tertipu.
“Jadi buat ni adalah untuk elak penipuan mereka, disamping jadi platform saya untuk berdakwah, ia juga jadi tempat untuk saya kongsi aktiviti saya tu sahaja,” jelasnya.
Ustaz Don juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta, Dr. Husna Mohd Zahry yang sentiasa berasa setia disisinya.
“Dikesempatan ini juga saya nak ucap terima kasih terutamanya kepada isteri saya, dinda @husnazahry yang memahami, menyokong, serta membantu jatuh bangun saya, menguruskan anak-anak.
“Terima kasih banyak, I love you dinda. Doakan isteri saya ya, mengandung baby no 4 ni. Kepada my boys, Don Mustofa, Don Ibrahim & Don Sulaiman, terima kasih, I love you too.
“Kepada ibu & bapa saya, adik beradik saya terima kasih atas segala doa, nasihat dan kasih sayang kalian. Daniyal sangat menghargainya,” coretnya.
Terdahulu, Ustaz Don berkahwin dengan Husna pada 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman.
#Ustaz Don