Biarpun hanya muncul beberapa minit saja dalam filem Wira, pelakon Bront Palarae tetap terharu apabila dapat bekerjasama dengan pengarah Adrian Teh.

Menurut Bront, berlakon dalam Wira merupakan satu penghargaan buat dirinya kerana dapat menggalas watak penting dalam badan beruniform.

"Saya terharu sangat dan pada masa sama mengambil masa untuk menikmati momen ini.

"Saya seronok bekerjasama dengan Adrian walaupun hanya dalam tempoh singkat," katanya.

Tambah Bront, dia juga bersyukur kerana dapat bekerja dengan pengarah yang berbakat.

"Saya rasa sangat beruntung dapat bekerja dengan pengarah yang berbakat, termasuklah Adrian Teh.

"Malah saya amat meletakkan harapan tinggi untuk filem ini," katanya.

Pada yang belum menonton Wira, terdapat satu babak 'end kredit' yang menampilkan Bront Palarae yang mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain Bront, watak Namron yang membawa watak Maznan watak daripada PASKAL The Movie juga turut kelihatan.