Pelakon Izreen Azminda membuat dedikasi khas untuk suaminya, pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sempena hari lahir Ude yang ke-30.

Izreen memuat naik video bersama kapsyen khas yang ditujukan kepada Ude menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Buat lelaki yg aku kasihi.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30... Semoga diluaskan pintu rezeki.. Dilimpahi kebahagiaan dalam kehidupan..

"Diberikan kesihatan yg baik... Dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.. Hidup ini penuh dengan kejutan.. Yang tak mungkin dapat kau bayangkan..

"Dan Tuhan itu adilnya pada setiap insan.. Tidak hari ini.. Esok lusa Dia hadiahkan.. Apa yg perlu... Cumalah kesabaran..

"Aku disini... Akan setia sebagai peneman.. Mengakhiri seluruh kehidupan... Jika Allah masih mengizinkan... Jangan sesekali kau salahkan Tuhan.. Untuk apa yg telah Dia rencanakan..

"Kerana setiap manusia punya ujian.. Bagi menguji setiap keimanan.. Lapangkan dada buang tekanan.. Agar kehidupan sentiasa aman... Selamat Hari jadi," tulis Izreen.

Buat lelaki yg aku kasihi.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30... Semoga diluaskan pintu rezeki.. Dilimpahi kebahagiaan dalam kehidupan.. Diberikan kesihatan yg baik... Dan sentiasa dibawah lindunganNya.. Hidup ini penuh dengan kejutan.. Yang tak mungkin dapat kau bayangkan.. Dan Tuhan itu adilnya pada setiap insan.. Tidak hari ini..esok lusa Dia hadiahkan.. Apa yg perlu..cumalah kesabaran.. Aku disini..Akan setia sebagai peneman.. Mengakhiri seluruh kehidupan... Jika Allah masih mengizinkan... Jangan sesekali kau salahkan Tuhan.. Untuk apa yg telah Dia rencanakan.. Kerana setiap manusia punya ujian.. Bg menguji setiap keimanan.. Lapangkan dada buang tekanan.. Agar kehidupan sentiasa aman... Selamat Hari jadi ?

A post shared by ?MADAM IZREEN AZMINDA? (@izreen.azminda) on


Izreen sah bergelar isteri Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majljs perkahwinan tertutup di Damansara.

Sebelum ini, Ude yang mempunyai dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1, pernah berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada tahun 2013 tetapi berpisah pada 22 Mac lalu.

Izreen pula mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 4, dan pernah bernikah dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 2012. Mereka bercerai pada Jun 2014.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Izreen