Isteri kepada gitaris Rody Kristal, Niena Azman menegur sikap negatif segelintir lelaki suka mengkritik wanita menerusi laman sosial.

Menurut Niena, perkara itu tidak patut dilakukan kerana ia bertujuan untuk menjatuhkan air muka seseorang.

“Biarlah cantik untuk suami, orang katalah tapi sebenarnya kena cantik untuk diri sendiri juga cuma kalau cantik sekali pun belum confirm tak kena cerai.

“Cantik banyak kategori, cantik muka, cantik bahasa, cantik amalan, cantik kat rumah juga (mean bukan pengotor) so tepuk dada tanya selera.

“Pernah tak ada member, fuhyo punyalah tiptop kat luar, lawa je sekali lepak rumah dia… So buat lelaki dekat luar yang single mingle atau kadang-kadang duk condem awek-awek dekat IG…

“Good luck la ya, takut esok dapat yang elok rupa paras tapi perangai… Yang mana dah berkeluarga dah kahwin, good luck pada anak-anak perempuan you all. Takut what you give you get back.

“Moral of the story: Jangan la kita asyik komen yang negatif je walaupun ada negatif di situ, sebab hari ni kita jatuhkan air muka orang esok belum tentu air muka kita jernih je, cuba settle belakang,” tulisnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Biar la cantik utk suami, org kata la.. tp sebenarnye kene cantik utk diri sdiri jugak.. cuma klu cantik sekalipun blom confirm x kene cerai.. cantik bnyk kategori, cantik muka, cantik bahasa, cantik amalan.. cantik kt umah jugak (mean bkn pengotor) so tepuk dada tanya selera.. Pernah tak ada member, fuhyooo pnye la tiptop kt luar.. lawa je, sekali lepak umah die ?‍♀️? so buat lelaki kt luar yg single mingle or kdg2 dok condem awek2 kt ig.. good luck la ya..takot esok dpt yg elok rupa paras tp perangai ?‍♀️ yg mne dh berkeluarga dh kahwin, good luck pd anak2 perempuan u all.. takot what u give u get back ? . Moral of the story: jgn la kte asyik komen yg negatif je walaupun ada negatif di situ, sb hri ni kte jatuhkan air muka org esok blom tentu air muka kte jernih je ??? try settel belakang ? . Gambar takde kene mngena ngn caption, sje je nk tulis caption ni ? klu nk kekalkan kesihatan kulit boleh try check @skinvalet_damansara services yg tiptop ? cuba la tgk.. ada bnyk cawangan diorg ni ampang , wangsa melawati, pj, klang , rawang dan bnyk lg.. stalk la ig diorg ?

A post shared by Niena ? (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Niena itu.

“@niena_azmann simple je orang yang negatif komen semua ni sebenarnya dengki, jealous, tak boleh tengok kita lebih pada dia tu, dah lumrah orang kita macam tu. Kebanyakan la macam tu la yang ada sekarang ni,” komen @asifizzafiq

Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena pada 27 April 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 14 Januari 2019.