“Buat Lelaki Yang Suka Condemn Awek-Awek Dekat IG…” – Teguran Isteri Rody Kristal Ini Padu Betul!

Mya Amri
September 19, 2019 09:25 MYT
Isteri kepada gitaris Rody Kristal, Niena Azman menegur sikap negatif segelintir lelaki suka mengkritik wanita menerusi laman sosial.
Menurut Niena, perkara itu tidak patut dilakukan kerana ia bertujuan untuk menjatuhkan air muka seseorang.
“Biarlah cantik untuk suami, orang katalah tapi sebenarnya kena cantik untuk diri sendiri juga cuma kalau cantik sekali pun belum confirm tak kena cerai.
“Cantik banyak kategori, cantik muka, cantik bahasa, cantik amalan, cantik kat rumah juga (mean bukan pengotor) so tepuk dada tanya selera.
“Pernah tak ada member, fuhyo punyalah tiptop kat luar, lawa je sekali lepak rumah dia… So buat lelaki dekat luar yang single mingle atau kadang-kadang duk condem awek-awek dekat IG…
“Good luck la ya, takut esok dapat yang elok rupa paras tapi perangai… Yang mana dah berkeluarga dah kahwin, good luck pada anak-anak perempuan you all. Takut what you give you get back.
“Moral of the story: Jangan la kita asyik komen yang negatif je walaupun ada negatif di situ, sebab hari ni kita jatuhkan air muka orang esok belum tentu air muka kita jernih je, cuba settle belakang,” tulisnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Niena itu.
“@niena_azmann simple je orang yang negatif komen semua ni sebenarnya dengki, jealous, tak boleh tengok kita lebih pada dia tu, dah lumrah orang kita macam tu. Kebanyakan la macam tu la yang ada sekarang ni,” komen @asifizzafiq
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena pada 27 April 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 14 Januari 2019.
#Rody Kristal #Niena Azman