Selebriti popular Neelofa menjadi tuan rumah nagi sebuah majlis ilmu yang diadakan di rumah bapa mentuanya, Datuk Seri Ismail Norbat.

Antara selebriti yang hadir ke majlis ilmu tersebut adalah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Menerusi laman sosial Instagram, Siti memuat naik momen siaran langsung sewaktu majlis ilmu tersebut yang menjemput ustaz Wadi Anuar sebagai penceramah.

“Pengajian bersama @ustazwadianuar. Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dikongsi bersama. Terima kasih @neelofa dan @pu.riz kerana mengundang saya dah suami serta rakan-rakan artis yang lain. Semoga Allah SWT berkati dunia akhirat. Amin ya rab,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Dalam pada itu, pelakon Kilafairy juga berkongsi foto-foto pada majlis ilmu yang difahamkan berlangsung sebulan sekali.

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)


Menjengah ke ruangan komen, ada rakan selebriti menyatakan hasrat untuk mengikuti usrah yang seterusnya.

Selain Siti dan Kila, antara selebriti lain yang turut kelihatan adalah Izara Aishah dan suami, Ella bersama suami, Wany Hasrita, Zara Zya, Ika Nabila, Amira Othman, Lisdawati, Linda dan Diana Rafar dan Diana Amir.

Terdahulu, majlis ilmu bulanan ini telah diadakan di rumah Siti. Mengikut perancangan, usrah bulan seterusnya akan diadakan di rumah Linda Rafar.