Buat Malu Negara…Pelancong Ini Kantoi Curi Barangan Hotel Di Bali

Hanafis Haris
Julai 29, 2019 09:27 MYT
Jika kita menginap di sesebuah hotel, bukan semua barang yang disediakan akan menjadi milik kita.
Hanya sebahagian saja diklasifikasikan sebagai percuma buat penginap.
Namun, lain pula kisahnya yang berlaku di Bali, Indonesia apabila sebuah keluarga ditahan selepas didakwa mencuri barangan daripada tempat penginapan mereka.
Menerusi satu video yang tular, keluarga berasal daripada India ini ‘kantoi’ selepas mencuri alat pengering rambut, tuala, peralatan mandi, dan penyangkut baju yang disorokkan tersusun dalam tuala.
Dalam video itu, anda boleh lihat bagaimana pengawal hotel melakukan pemeriksaan penuh terhadap barangan keluarga tersebut.

The worst example of entitled indian travellers who are a disgrace to the image of our country. Casually stealing hand washes, room artefacts, hair dryers from a hotel room in Bali. And the uncle pawing the hotel person at the end is just ? pic.twitter.com/UONwWCKmUq

— Mini Mathur (@minimathur) July 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biarpun cuba memohon maaf atas tindakan berkenaan, wakil pihak hotel tidak mengendahkan rayuan mereka dan memanggil pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Kisah yang menimpa keluarga ini bukan hanya tular di media sosial, malah ia turut mendapat perhatian media di India seperti ZeeNews.
Bagi mereka, insiden tersebut dianggap sebagai momen memalukan buat negara India.
#Viral #Indonesia #Viral #India