Hiburan

"Buat Masa Ini Mungkin Jodoh Saya Belum Sampai .." - Dayang Nurfaizah

gempak
Zulaikha Yusof
16/03/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
"Buat Masa Ini Mungkin Jodoh Saya Belum Sampai .." - Dayang Nurfaizah
Penyanyi Dayang Nurfaizah akui akibat terlampau sibuk dengan kerjaya nyanyiannya membuatkan terlupa untuk memikirkan soal jodoh.
Walaubagaimanapun, Dayang tidak tertekan kerana percaya dengan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah.
"Kadang-kadang, saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa untuk berfikir mengenai jodoh.
"Bila ditanya, baru saya teringat mengenainya. Saya percaya jodoh itu ada," katanya kepada Gempak.
Dayang ditemui ketika majlis sidang media JOOX di Nicsmann 1940s, Damansara.
Dalam pada itu, pelantun lagu Lelaki Teragung ini menyatakan dirinya berada dalam keadaan bahagia walaupun hatinya belum dimiliki.
"Tipulah kalau saya cakap, saya tak nak. Bila tengok orang lain bercinta, saya pun nak rasa pengalaman sama. Tapi, buat masa ini mungkin jodoh saya belum sampai.
"Saya bahagia dan sehingga kini masih solo. Saya harap, peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk saya," tambahnya lagi.
Terdahulu, Dayang didakwa bercinta dengan dengan penyanyi dan komposer Hael Husaini apabila pasangan ini kerap memuat naik foto bersama di Instagram (IG).
Saksikan program yang pernah dijayakan oleh Dayang di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024