Buat Penat Je Maki Driver Potong Line Ni,  Anda Sebenarnya Boleh Buat Aduan Terus Ke...

Hanafis Haris
Disember 19, 2019 09:14 MYT
Pastinya kita selalu berdepan dengan sikap tidak senonoh sesetengah pemandu di jalan raya bukan?
Namun, setiap kali itu jugalah kita sekadar mampu melihat saja sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat cara untuk kita membuat aduan terus daripada telefon pintar?
Menerusi satu posting oleh seorang pengguna Twitter dikenali Rejaie, terdapat cara mudah untuk melakukan aduan.
Menurut individu tersebut, pengguna sebenarnya boleh menghantar aduan ke e-mail Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Email ke aduan@jpj.gov.my. Saya dah bari template, tukar details je sikit. Kita perlukan nombor plat kenderaan, lokasi, masa dan tarikh.
"Tapi tolong hantar selepas anda memberhentikan kenderaan atau sampai ke destinasi," katanya.
Menerusi contoh aduan berkenaan, individu tersebut turut menyertakan gambar bukti perlakuan pemandu tersebut.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

I love doing this to queue jumpers. Dah ada template. Tukar details je sikit. But please, send AFTER you've fully stopped or reached your destination. pic.twitter.com/yagTa0XLSN

— Rejaie Arbee #GirlsNotBrides ??? (@rejaie) January 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #JPJ