Berita
Buat Pertama Kali, Temui Didi & Friends Di Subang Parade!
Siri animasi kanak-kanak popular, 'Didi & Friends' bakal menemui orang ramai buat pertama kalinya di Subang Parade, Subang Jaya pada Sabtu dan Ahad ini (6-7 Julai 2019).
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan orang ramai berpeluang untuk bertemu secara lebih dekat serta bergambar dengan maskot Didi & Friends.
Sementara itu, orang ramai yang hadir pada hujung minggu ini turut berpeluang menyaksikan persembahan khas daripada Didi serta rakannya iaitu Nana dan Jojo.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/didi-friends-facebook-posting-fa-02.jpg)
Bukan itu sahaja, pengunjung karnival ini khususnya peminat barangan Didi & Friends berpeluang memiliki tiga pilihan warna selimut eksklusif Didi & Friends pada setiap minggu.
Selimut eksklusif Didi & Friends ini boleh dimiliki dengan hanya berbelanja RM200 ke atas dan ianya terhad kepada dua resit pembelian.
Orang ramai boleh mula mengumpul selimut eksklusif Didi & Friends bermula 6 Julai untuk (Didi), 13 Julai (Jojo) dan 20 Julai (Nana).
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/didi-friends-facebook-posting-fa-01.jpg)
Pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung yang hadir di Riang Ria Bersama Didi & Friends.
Jangan lupa temu janji anda untuk bersama Didi, Nana dan Jojo di Riang Ria Bersama Didi & Friends pada Sabtu dan Ahad ini (6-7 Julai 2019), pukul 4 hingga 6 petang bertempat di Subang Parade (East End Concourse, LG Floor), Subang Jaya.
Riang Ria Bersama Didi & Friends akan berlangsung selama 6 hingga 28 Julai ini di Subang Parade (East End Concourse, LG Floor), Subang Jaya.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk membawa seisi keluarga untuk bertemu Didi & Friends pada hujung minggu ini. Jumpa anda di sana!
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2016/nov/21/didi-friends-infoboard-fa-01.jpg)
Must-Watch Video