Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Buat Research Sikit!" - Norzizi Zulkifli 'Bengang' Ragam Pelajar Tanya Soalan Mengarut

ZULHILMI JALIL
19/07/2020 03:22 MYT
Pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir pelajar yang malas untuk membuat semakan latar belakang sebelum menemubual dirinya bagi tugasan mereka.

Bahkan, menurut Norzizi, ada pelajar yang datang kepadanya kelihatan seperti tidak melakukan persediaan langsung sehingga bertanyakan soalan-soalan yang mengarut.

"Saya mohon pelajar-pelajar di luar sana, sebelum nak interviu saya untuk kajian anda, dan nak jemput saya untuk talk (program bual bicara), kaji lah sedikit hasil kerja saya sebelum tanya soalan mengarut.

"Soalan anda tu macam zero info dan saya tak faham kenapa anda pilih saya untuk dikaji dalam tesis anda dan untuk ditemubual dalam talk anda," luahnya menerusi satu entri di Instagram.

Menurut Norzizi, soalan-soalan yang diajukan juga seolah-olah individu tersebut tidak pernah tahu sedikit pun mengenai dirinya.

"Jika tak tahu langsung, pilih orang lain yang anda tahu, senang atau jika anda tak tahu pasal saya, tak payah pilih saya.

"Soalan seperti, 'Apakah nama penuh puan?', 'Apakah teater arahan puan?','Pernahkah puan berlakon monolog?' 'Pernahkah puan mengarahkan monolog?'

"Dan, bercerita tentang pensyarah yang anda jemput untuk menjadi panel bersama saya itu dari UiTM Puncak Perdana dan dari jabatan teater. Aku rasa nak telan biji kopi sebalang! Anda tahu tak, itu jabatan saya! Nasihat saya, buat research sikit!," pintanya.

Saya mohon pelajar2 di luar sana yg sebelum nak interview saya, utk research anda, dan nk jemput saya untuk talk anda, kaji lah skit works saya sebelum tanya soalan mengarut. Soalan anda tu mcm zero info dan sy tak faham kenapa anda pilih saya utk dikaji dalam thesis anda dan utk di temubual dlm talk anda. Jika tak tau langsung, pilih orang lain yg anda tahu. Senang. Or Jika anda tak tau pasai sy, tak payah pilih saya. Soalan spt: apakah nama penuh puan? Apakah teater arahan puan? Pernahkah puan berlakon monolog? Pernahkah puan mengarahkan monolog? Dan bercerita tentang pensyarah yg anda jemput utk bersama menjadi panel bersama saya dan anda terangkan panel yg akan dgn saya itu dianya dr UiTM Puncak Perdana dan dari jabatan teater. ?‍♀️?‍♀️?‍♀️?‍♀️ Aku rasa nk telan biji kopi sebalang! ????????? Anda tahu tak, itu jabatan saya!!! ???? Nasihat saya: buat research skit!!!

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on


Perkongsian Norzizi itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

"Haishh..mengapa soalan begitu? Saya baca pun terbeliak biji mata. Doanya, pelajar-pelajar sedemikian ambil iktibar daripada insiden tersebut," komen pengikutnya.

"Bila mereka ambil mudah, begitulah jadinya," tulis seorang netizen lagi.

"Tak buat homework lah tu. Kita nak ambil gambar pun kena buat homework," ujar seorang pengikutnya yang lain.


#Pensyarah #Norzizi Zulkifli #Pelajar
;