Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dirinya sekeluarga negatif ujian swab virus Covid-19.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, pelantun lagu Nirmala itu menzahirkan rasa lega dan berdoa agar terus dilindungi.

"Alhamdullillah. Syukur, saya dan keluarga buat swab test untuk memastikan kami sekeluarga bebas dari Covid-19.

"Semoga terus dilindungi untuk waktu-waktu kehadapan dengan menjaga dengan ketat SOP yang telah di tetapkan oleh KKM.

"Anda juga patut tahu tahap kesihatan anda serta insan tersayang .. jangan ambil mudah ye..

"Terima kasih kumpulan_megaklinik_zahran yang dedikasi dalam menjalankan tugas anda," tulis Siti menerusi akaun Instagramnya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Terdahulu, netizen berkongsi sepotong video Siti melakukan ujian swab Covid-19 di kediamannya baru-baru ini.

Sementara itu, dalam entri sama Siti turut melayangkan doa buat barisan hadapan negara yang kini sedang berhempas pulas membendung pandemik Covid-19.

"Kepada seluruh Frontliners, kami sayang anda .. Semoga Terus Kuat!" tambahnya.