Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Buat Trend Kalau Wanita Kahwin 4, Netizen Tarbiah Shuhada - “Jangan Lapar Perhatian Atau Permain Hukum”

Mya Amri 12/12/2023 | 06:00 MYT

Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri mendapat kecaman netizen selepas melakukan trend terkini iaitu ‘kalau wanita kahwin 4.”

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya merakamkan Shuhada yang menggunakaan filter berjambang telah melakonkan aksi dengan gaya lucu sebagai respon kepada trend tersebut.

“Macam ni la kot dia kalau lelaki dimadukan. Yang penting kita setia dengan yang satu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

PILIHAN PEMBACA: “Kau Busy Dengan Produk, Hidup Acah Glamor” - Individu Tak Dikenali Tuduh Bekas Isteri Hafidz Roshdi Malas Jaga Anak

Namun aksi bersahaja Shuhada itu mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya merasakan wanita itu tidak patut mempermainkan hukum agama.

Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan bahawa kandungan tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam.

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Antara komen yang diterima:

Disebabkan reaksi negatif yang diterima, Shuhada kini telah menutup ruangan komen hantaran berkenaan.

Terdahulu, Sekadar info, Hafidz Roshdi telah melafazkan cerai terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang berusia 2 tahun.

#Trend #Kecam #Natizen #Shuhada #Kalau Wanita Kahwin 4
;