HIBURAN

Buat Video TikTok Bersama Anak, Wajah Nabil Ahmad Curi Tumpuan Netizen - “This Man Does Not…”

Asyraf Roslan 28/06/2025 | 23:55 MYT

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menyorot perhatian netizen selepas tampil dalam sebuah video bersama anaknya, Nayla Mikayla.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad,41, membuat satu trend TikTok iaitu Illegal.

Namun, bukan trend video itu yang menjadi bualan utama netizen sebaliknya wajah Nabil yang kelihatan muda hingga disangka sebagai abang kepada anaknya sendiri.


“This man does not age at all omg.

“Nabil tak pernah tua ke?

“Tak pernah tua lah bapak dia ni.

“Kalau aku tak kenal Nabil ni, aku fikir ni abang dia.

“Macam abang dengan adik.

“Dik, bapak kamu tau menua tak? Awat nampak muda je ni,” komen netizen.

Sekadar info, Nabil dan Nazirah atau mesra disapa Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

#Anak #Nabil Ahmad #Awet Muda