Laman Utama

Buat Video Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Dikecam Netizen Lagi - “Tak Penat Ke Bodohkan Diri Sendiri..”

gempak
Azwa Rahman
10/08/2021
02:40 MYT
Sponsor Banner
Buat Video Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Dikecam Netizen Lagi - “Tak Penat Ke Bodohkan Diri Sendiri..”
Personaliti media sosial Aisar Khaled menerima kecaman wargamaya apabila menyiarkan video menziarahi pusara penyanyi Siti Sarah yang dipercayai tidak sensitif dan bertujuan mengaut tontonan.
Aisar yang sebelum ini pernah menerima kecaman kerana pelbagai kandungan yang tidak sensitif telah memuat naik sebuah video di laman YouTube miliknya dan mengundang rasa marah wargamaya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 10 minit itu, Aisar yang menziarahi hanya di luar pintu pagar tanah perkuburan dan melakukan ulasan mengenai pemergian Siti Sarah di dalam kereta.
Malah, di pertengahan video, dia turut dikatakan melakukan peraduan dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100 kepada pemenang.
Menerusi pemerhatian Gempak, sedutan video tersebut turut dikongsi di laman Instagram miliknya namun ia telah dipadam setelah beberapa jam dimuat naik.
Di Twitter, video Aisar tersebut menerima pelbagai kecaman pengguna yang berpendapat pelakon drama bersiri Chandelier itu tidak memikirkan perasaan mereka yang baru merasa kehilangan.
Malah, dia yang dilihat memakai kurta dan dipadankan dengan seluar hitam ketat turut dihentam kerana dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.
Tidak hanya itu, wargamaya juga menyeru orang ramai untuk melaporkan video tersebut kepada pihak YouTube untuk diambil tindakan.
Hal macam ni pun boleh jadi content ye? I cannot brain.. for the seek of views? Mana pergi sensitivity? Hmm,” kata seorang wargamaya.
Oh come on. The rules is very simple. Who are you to actually do this kind of content? She passed away this morning, you create this content, and offer people to edit the video by giving them RM100? Over someone’s death? So this is the “influencer” material??? Come on @aisar_khaled,” luah seorang wargamaya.
“@aisar_khaled like seriously? Make it as content? Give some respect bro. Jenis asal boleh buat duit semua langgar. Takda common sense ke?” tanya seorang wargamaya.
Report je youtube dia. Apa hanat benda camni nak buat content. Lagi satu, bodoh la melayu-melayu yang agung kan sangat orang macam ni. Tak boleh nak fikir ke,” komen seorang wargamaya.
Orang lain buat content jugak, tapi mamat ni level "kena maki takpa asalkan duit masuk”, ujar seorang wargamaya.
Tak kena dekat family sendiri tu lagi, tu yang kalut buat content tu,” pesan seorang wargamaya.
Dia tak penat ke bodohkan diri sendiri,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 2,500 tanda ‘dislike’ daripada penonton.
Terdahulu, nama Aisar pernah menjadi bahan kecaman umum kerana isu memakai baju ketat ketika menerima suntikan vaksin, tidak mengimbas kod MySejahtera ketika makan di sebuah restoran serta pembaziran gel penyejuk badan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live