Berita
Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap
Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, akhirnya buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap.
Berjaya ditangkap
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi @bernamaofficial hari ini.Hantaran itu juga turut disertakan dengan video yang merakamkan buaya tersebut berada di dalam perangkap sebelum diangkat ke atas darat.
“Sebelum ini, Perhilitan Selangor dilaporkan memasang dua perangkap di tasik berkenaan bagi menangkap buaya itu manakala Majlis Bandaraya Shah Alam memasang jaring di lima saluran air bagi mengelak haiwan berkenaan terlepas,” maklum hantaran berkenaan.“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya menangkap seekor buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 malam ini susulan kemunculan reptilia itu di kawasan rekreasi berkenaan sejak beberapa hari lepas.
Terdahulu, kawasan sekitar Tasik Seksyen 7 ditutup sementara mulai jam 8 malam tadi bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh PERHILITAN Selangor.
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga reptilia itu ditangkap.
Must-Watch Video