BERITA

Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap

Mya Amri 04/09/2024 | 16:50 MYT
Tidak sampai tempoh 24 jam perangkap dipasang, akhirnya buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam berjaya ditangkap.

Berjaya ditangkap
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi @bernamaofficial hari ini.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video yang merakamkan buaya tersebut berada di dalam perangkap sebelum diangkat ke atas darat.
Terdahulu, kawasan sekitar Tasik Seksyen 7 ditutup sementara mulai jam 8 malam tadi bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh PERHILITAN Selangor.
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga reptilia itu ditangkap.
#Shah Alam #PERHILITAN #Buaya #Ditangkap #Seksyen 7