Bubar Selepas 28 Tahun, Identiti Daft Punk Dengan 'Topeng' Akan Dirindui
Mya Amri
24/02/2021 12:50 MYT
24/02/2021 12:50 MYT
Duo muzik terkenal Perancis, Daft Punk akhirnya memgambil keputusan untuk mengundurkan diri selepas hampir 28 tahun berkecimpung dalam dunia seni.
Berita tersebut diumumkan oleh anggota kumpulan tersebut iaitu Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo menerusi satu video berdurasi lapan minit baru-baru ini.
Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, persaraan duo itu juga disahkan oleh wakil jurucakap mereka iaitu Kathryn Frazier.
Daft Punk ditubuhkan pada tahun 1993 ini merupakan antara perintis muzik tarian elektronik (EDM) yang kini menjadi trend di seluruh dunia.
Kumpulan ini juga dikenali kerana tidak pernah mendedahkan wajah sebenar mereka dan bersembunyi di sebalik helmet.
Dalam sebuah temubual, keduanya menceritakan alasan di sebalik pemilihan merahsiakan identiti mereka kerana mahu membezakan kehidupan peribadi dengan dunia seni.
"Kami fikir kami bukan siapa siapa, kami malu dan cuba membezakan antara kehidupan peribadi dengan karier.
"Oleh kerana imej ini diterima ramai, kami meneruskannya supaya orang dan peminat terus tertanya tanya siapa kami," kata Daft Punk tidak lama dahulu.
Antara lagu hits mereka adalah One More time, Get Lucky dan Harder, Better, Faster, Stronger.
Selain itu, Daft Punk juga pernah memenangi trofi di Anugerah Grammy sebanyak enam kali sepanjang kerjaya mereka.
Kejayaan terbesar pernah diraih mereka adalah memenangi Album Terbaik Grammy 2014 menerusi album Random Access Memories serta Lagu Terbaik menerusi single popular mereka, Get Lucky yang turut menampilkan rapper terkenal, Pharrell.
Daft Punk juga antara kumpulan yang low profile walaupun mereka pernah berkolaborasi dengan bintang R&B, The Weeknd menerusi lagu Starboy dan I Feel It Coming pada tahun 2016.
Sumber: BBC.com