Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bubur Durian Buat Ramai Yang 'Banjir' Gara Gara Sikap Kejam Nazril Dalam RASN

Maliah Surip
28/05/2021 09:20 MYT
Episod ke 39 drama bersiri Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) yang ditayangkan malam tadi mencetuskan trending mengenai Bubur Durian.

Semuanya gara gara babak Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yang mengidam untuk menikmati Bubur Durian telah dihalang oleh suaminya, Nazril (Shukri Yahaya) untuk menjamah juadah yang dimasak olehnya.

Menerusi tinjauan Gempak di platform Twitter, para penggemar drama yang turut menampilkan Marsha Milan Londoh sebagai Nurul Huda ini melahirkan rasa geram dengan tindakan Naz yang mempercayai setiap apa yang diperkatakan oleh Huda mengenai Sara.

Malah babak saat Naz memarahi Sara yang baru ingin menjamah Bubur Durian demi anak dalam kandungannya dan dibalas Sara dengan sedih membuat ramai yang 'banjir' (menangis).

"Disebabkan bubur durian aku bengkak mata hari ini," ciap seorang pengguna Twitter dengan meninggalkan tanda pagar #RinduAwakSeparuhNyawa dan #Nazrilkomemangkejam.



Seorang pengguna Twitter lainnya pula menciap: "Ada yang dah buat or nak buat bubur durian ke hari ini?"

Ada juga yang meninggalkan luahan tidak berpuas hati dengan sikap Nazril yang terpedaya dan mempercayai Huda.

"Naz pun satu. Percaya bulat bulat minah kepit ni, dua kali lima jek," ciapnya.



Selain itu ramai yang tidak sabar untuk menanti pengakhiran karya Siti Rosmizah yang ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 23 Mac 2021 lalu ini.

Drama bersiri 40 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd.

Antara pelakon hebat lain yang terlibat dengan naskhah ini adalah Aida Khalida, Fizo Omar dan Noorkhiriah.



#Nurul Huda #Uqasha #RASN #Bubur Durian #Kasih Maisara #Nazril
;