Penceramah terkenal berstatus selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, mencuri perhatian ramai apabila dengan bersahaja melakukan Beatbox dalam kereta bersama dengan anggota UNIC, Fakhrul.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fakhrul berkongsi video dia bersama Ustaz Don dengan menyampaikan Qasidah Qamarun ketika berada di dalam sebuah kereta.

"Dak-dak (Budak-Budak) hiphop rapper mohon tercabar, haha," tulisnya ringkas.

Dak2 hiphop rapper mohon tercabar haha. ? . . full video di youtube @fakhrulunic . . #qasidah #beatbox #ustazdon #selawat #maulidurrasul #hiphop #rapper

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on


Rata-rata mengakui kagum dengan cara beatbox yang dilakukan oleh Ustaz Don mereka menganggap dia merupakan seorang yang 'sporting'.

"@yinimuslimah: MashaAllah hebatnya. Dua-dua bukannya calang-calang ustaz. Besttlah."

"@yqasha: Ustaz Don memang one of the kind. Sebab tu dia best. Sehari dia boleh pakai jubah serban, ajar mengaji. Hari lain dia boleh pakai slack kemeja, main skateboard. Apa lagi yang tak keluar? Cuba suruh rap, mesti dia boleh jugak."

"@faizza_izlin: Okay, ini terkejut. Serius la ustaz @ustazdondaniyal beatbox? Terbaik la."

"@wanie_hamidd: MasyaAllah hebat. Rapper-rapper Malaysia lain kena bersara selepas ini. hihihi."