Sebuah video yang memaparkan seorang wanita seolah-olah sedang dirasuk di sebuah pusat hiburan menjadi viral di laman Twitter.

Video berdurasi 1 minit 19 saat itu dikongsikan seorang pengguna Twitter menerusi akaun @HabangBawang yang sudah diulang kicau hampir 13,000 kali.

Dalam paparan video berkenaan, seorang wanita mirip pelakon Fara Mendoza dikatakan seperti hilang kawalan apabila bertindak terjerit-jerit dalam keadaan terbaring.

"Sakitlah bodoh, ahhh sakit..sakit, aku suka dia, aku suka dia, aku nak dia...aku nak dia kau faham tak," jerit wanita tersebut.

Wanita itu kemudian cuba ditenangkan oleh beberapa lelaki yang berada di lokasi tersebut.

Salah seorang daripada mereka dilihat cuba melakukan upacara 'mengubat' dengan memegang bahagian perut wanita berkenaan.

"Woi perempuan Indon keluarlah," tutur individu tersebut yang dipercayai sedang meminta makhluk halus yang memasuki tubuh wanita itu tidak mengganggunya.

Bagaimanapun, perkongsian video itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang melucukan apabila insiden dirasuk terjadi di pusat hiburan.

"Setan dirasuk setan, lalu setan membacakan ayat Ruqyah kepada setan untuk menghalau setan.

"Nak buka mata Melayu kot yang budak kelab pun ada ilmu halau hantu selain daripada puja.

"Kepada ustaz-ustaz yang tiba-tiba boleh muncul dalam kelab tu, marilah jumpa. Saya beritahu ni sebab nak mengeratkan silaturrahim antara kita," tulis sebahagian netizen.




Begitupun, ada juga yang mempersoalkan gelagat wanita tersebut yang kelihatan mungkin bukan dirasuk, sebaliknya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

"Ni kacip bodoh.

"Dia punya kacip tu aku rasa nak tampor je. Barang banyak sangat ni," tulis sebahagian netizen.

Sehingga kini lebih 600 komen ditinggalkan netizen dalam posting tersebut.