Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

Ernalisa
08/10/2024 12:55 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.

Menerusi video yang dirakamkan oleh pempengaruh Pin Yang, kanak-kanak lelaki yang masih berbaju sekolah itu dilihat sedang menguis air untuk menggerakkan besen.


BERITA BERKAITAN : Insomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW HighlightsInsomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

BERITA BERKAITAN : Anding ‘Comeback’ Sebagai Wira, Sedia Takluk Pawagam! | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Bangmed Viral Di Sukan Olimpik! Rapat Dengan Atlet, Bidas Etika Kewartawanan | Motif Trending

Difahamkan, murid berkenaan baru selesai sesi persekolahan dan ingin pulang ke rumahnya.

Bagi Jafri Osman, kanak-kanak lelaki itu dianggap hero yang tak berputus asa.

Dalam masa sama, individu itu turut mengharapkan pihak berkuasa dan ahli politik mengambil tindakan segera bagi menangani isu sekian lama yang berlaku itu.

"Kita je tengok nampak risau, mak ayah dia tak hairan pun dah dengan cara budak itu.

"Tetapi sepatutnya ini menjadi kewajipan Yb di kawasan itu. Sediakanlah jambatan atau titi untuk kemudahan mereka. Sampai bila nak hadap benda sebegini," ringkasnya.

Mohd Nor Norahim juga sedikit marah apabila melihat video kanak-kanak yang menaiki besen ketika pulang dari sekolah.

"Kesiannya mana pergi ahli politik semua. Mana orang kaya raya? Ya Allah tolonglah mereka ini," katanya.

Perjalanan kebanyakan pelajar sekolah di perairan Semporna, Sabah dengan menaiki bot atau perahu ada kalanya boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk dalam keadaan cuaca buruk atau ombak kuat.

Meskipun mempunyai risiko tersendiri, situasi itu dianggap lumrah oleh penduduk setempat kerana tiada laluan darat yang menghubungkan pulau berkenaan dan tanah besar.

#sekolah #Naik #Pergi #Besen
;