BERITA
Budak Perempuan 12 Tahun Masuk Hospital, 2 Tahun Hisap Vape & Minum Ketum
Seorang budak perempuan berusia 12 tahun ditahan di hospital selepas mengalami kerosakan yang teruk pada paru-paru kerana menghisap vape dan meminum ketum selama dua tahun kebelakangan ini.
Kejadian tersebut berlaku di daerah Buri Ram, Thailand. Menurut pengakuan neneknya, perlakuan cucunya berubah selepas memasuki gred keempat.
Dia yang diakui sebagai seorang pelajar cemerlang mula tidak banyak terbabit dengan kerja rumah dan berada lebih lama di luar dengan alasan belajar bersama rakan-rakan, lapor The Nation.
Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami kesukaran bernafas, muntah-muntah dan lemah.
Doktor kemudian mendapati kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan paru-paru kerana aktiviti menghisap vape dengan kerap. Dia kini menggunakan alat bantuan pernafasan.
Bangkok Post kemudian melaporkan tiga lagi pelajar dari sekolah sama juga ditahan di hospital kerana mengalami sesak nafas kerana menghisap vape dan mengambil ketum.
Pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalankan siasatan dan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan.
Must-Watch Video