Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Budak Perempuan Cedera Tangan Tersepit Eskalator

Gempak
06/07/2024 04:57 MYT
Seorang kanak-kanak cedera tangan kanan selepas tersepit pada tangga eskalator yang bergerak dalam kejadian di sebuah pasar raya di Likas, di sini pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Pengguna Panik Terjatuh Eskalator ‘Mengundur’ Secara Tiba-Tiba

BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Tersepit Kaki Di Eskalator, Netizen Titipkan Nasihat - “Kalau Naik Eskalator…”

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa dikejar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Katanya, lokasi kejadian terletak sejauh dua kilometer dari BBP Lintas.

"Menurut laporan, terdapat seorang kanak-kanak perempuan tersepit tangannya pada tangga bergerak eskalator.

"Sebaik tiba, anggota segera menjalankan kerja-kerja mengeluarkan tangan kanak-kanak yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Katanya lagi, mangsa yang tersepit kira-kira 10 minit itu kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Bantu Bapa Muda Struggle Turun Eskalator Sambil Dukung Anak, Netizen Puji Sikap Aznil Nawawi; “Mulia Hati Pak Nil”

BERITA TRENDING: “Biadab! Tak Kelakar Doh Content Kau!” - Lepas Kena Kecam Prank Nak Lempang Orang Di Eskalator, Youtuber Mohon Maaf


"Kanak-kanak tersebut kemudian di bawa ke HQEII dengan menggunakan jentera EMRS bomba.

Sumber: Sinar Harian
#Viral #Eskalator #Cedera #Sabah #Bomba #Tangan #Budak #Tersepit
;