Laman Utama

Budak Sekarang Tak Nak Sambung Belajar Tapi Nak Jadi Influencer, Awie; "Kena Berilmu, Kalau Harapkan 500 Viewers, Kau Tidur Je Dik!"

Amri Hassan
16/08/2022
07:55 MYT
Penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie punyai pandangan sendiri tentang isu pelajar sekolah yang enggan menyambung pelajaran sebaliknya memilih untuk menjadi pempengaruh media sosial.
Kata Awie, tidak salah untuk bergelar influencer media sosial asalkan dada dipenuhi dengan ilmu yang berguna.
"Kalau budak-budak yang keluaran univerisiti, mereka ada ilmu, jadi mereka tahu apa yang mereka mahu lakukan.
"Pelajar atau graduan universiti dihadapkan dengan public speaking dan banyak ilmu lain jadi kalau nak berdepan masyarakat selepas tamat belajar kelak.
"Tapi kalau dari sekolah menengah atau rendah nak jadi influencer, mereka kena fikir 200 kali sebab mereka tiada ilmu yang cukup untuk berdepan masyarakat.
"Kalau lepas sekolah menengah dan rendah, nak jadi influencer… nak jadi apa? Apa yang nak dibawa? Nak bawa ke arah mana. Ini semua perlu berilmu.
"Kalau tiada ilmu dan kalau harap 500 ke 100 viewers, kau tidur dik! Jangan mimpi di siang hari," katanya yang terbabit sebagai teraju utama drama rantaian Kids Nowadays.
Bercerita mengenai drama lakonannya berjudul Kids Nowadays, kata Awie dia perlu melakonkan watak Jaafar, seorang lelaki berusia 50-an yang mahu melanjutkan pelajaran pada usia senja.
"Saya memegang watak Jaafar, bekas nelayan dan mempunyai satu perniagaan ikan dan mempunyai pekerja-pekerja.
"Jaafar merupakan seorang yang relaks, cool dan dia bercita-cita untuk menamatkan pelajaran kerana sudah berjanji dengan isterinya sebelum isterinya meninggal dunia.
"Jaafar pernah mencuba tetapi gagal dalam satu percintaan yang tidak disengajakan. Jadi dia berhenti belajar dan kebetulan isterinya kemudian sakit. Dia menjaga isterinya dan sewaktu isterinya tenat, dia berjanji untuk sambung balik pelajaran.
"Dia kemudian menyambung pelajaran di sebuah universiti dan sewaktu dalam universiti tersebut, dia merupakan otai yang nak bercampur dengan golongan budak-budak. Ada beberapa perkara berlaku di situ termasuklah terjumpa kembali dengan kekasih lama yang sudah jadi pengetua di universiti itu. Bermulalah putik-putik percintaan," kongsi Awie.

Sinopsis Kids Nowadays

Jaafar yang sudah berusia membuat keputusan untuk meneruskan impiannya iaitu untuk menyambung pelajaran dan menggenggam segulung ijazah walaupun pada awalnya ditentang oleh anak sulungnya, Najiha .
Selain Awie, drama rantaian 20 episod itu turut dibintangi Wanna Ali, Hasnul Rahmat, Alvin Chong, Wan Sharmila dan Nafiez Zaidi.
Kids Nowadays telah mula bersiaran pada 15 Ogos pukul 11 malam di saluran Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.