Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Budak Tunjuk Jari Tengah Ketika Perarakan Hari Kemerdekaan Singapura ke-52 Viral

Amri Hassan
10/08/2017 06:00 MYT
Sengaja atau tidak, aksi seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan jari tengah ketika Perarakan Hari Kemerdekaan Singapura (National Day Parade, NPD) tular.

Perbuatannya telah dirakamkan oleh sebuah kamera dan disiarkan di televisyen secara langsung dan boleh disaksikan oleh seluruh rakyat Singapura ketika itu.

Rakaman selama beberapa saat ketika acara yang berlangsung di Marina Bay, Singapura semalam itu juga telah disebarkan meluas menerusi media sosial Youtube, Facebook dan Twitter.

Malah di laman rasmi Facebook Sure Boh Singapore sendiri, video itu telah ditonton lebih 50,000 kali dan dikongsikan sebanyak 1,500 sejak dimuat naik 13 jam lalu.


Identiti kanak-kanak yang ditemani oleh dua penjaga lelaki berpakaian kemeja-t berwarna sama (dipercayai guru sekolahnya) masih belum dikenalpasti.

Netizen bagaimanapun menyifatkan tindakan kanak-kanak lelaki itu biadap, memalukan dan tidak sepatutnya berlaku pada upacara rasmi seperti Hari Kemerdekaan Singapura ke-52.

Namun, ada juga segelintir netizen beranggapan kanak-kanak itu sedang membuat bilangan menggunakan jari-jarinya.

"Kanak-kanak itu bukan menunjukkan jari tengah sebab jari pertama dan keduanya juga bergerak. Mungkin dia sedang membilang 1,2,3 jadi jangan cepat membuat spekulasi," tulis Lynn Lsy di Facebook.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: AsiaOne, FB SBS
#Viral #Viral #Singapura #National Day Parade
;