Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Budak Under Age Cakap Macam Tu...Lawak Ke?” - Netizen Kurang Senang Kak KM Tunjuk Anak Berkemban & Sebut Perkataan Tak Sopan!

Fiza Kamarudin
28/07/2021 03:43 MYT
Pengikut laman sosial Instagram (IG) Liana Rosli meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan sensasi tersebut memuat naik hantaran yang dianggap kurang sesuai untuk tontonan umum.

Apatah lagi hantaran tersebut memaparkan anak bongsunya yang sedang berkemban menyebut perkataan tidak sopan.

Walaupun ada yang menganggap ia sebagai bahan yang lucu dan menghiburkan, namun ramai juga yang berpandangan sebaliknya.

“Lawak? An under age kid saying that is lawak?”, tanya seorang pengguna laman sosial itu.

“Sedihnya bila tengok benda macam ni jadi bahan jenaka…Semoga diberi petunjuk,” kata seorang lagi.

“Kalau aku lah dah lama kena tampar dengan mak ayah…Tapi itu akulah orang lain aku tak tahu,” komen yang lain pula.

Bagaimanapun ada juga yang menegur Kak KM supaya berhati-hati memuat naik hantaran melibatkan kanak-kanak kerana bimbang menjadi mangsa pedofil.

“Maaf agak tidak sesuai anak seusia ini cakap macam ni, mungkin persekitaran yang selalu terbuka. Ada benda kita perlu hidekan daripada anak sesusia ini,” tegur seorang warganet.

“Pedofil bersepah kat luar sana tu, hati-hati ya…Semoga kita dilindungi,” komen warganet lain pula.

“Astsgfirullahalazim semoga Allah ampuni kita semua. Sulit-sulit ni kena jaga tak boleh diperkatakan atau ditonjolkan, takut menjadi asbab kes-kes tidak bermoral ni…Semoga Allah selamatkan anak-anak kita,” nasihat salah seorang warganet.

Hantaran disertakan kapsyen “Baby cakap kalau cip*p tembam suami sayang,” itu telah ditonton hampir 200,000 kali dengan 1,000 komen.
#Viral #Kak KM #Liana Rosli #Pedofil #Tak Sopan
;