Budak-Budak Pun Pandai Berbakti! Kisah Lukisan RM80,000 Maryam & Sandwich Jarrett Ho Buat Ramai Tersentuh!
Amri Hassan
27/07/2021 14:50 MYT
27/07/2021 14:50 MYT
Melentur buluh biarlah dari rebung! Itu peribahasa yang paling tepat menggambarkan keluhuran hati dua kanak-kanak ini untuk berbakti kepada masyarakat.
Maryam Khairul Anuar, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mempunyai masalah sindrom down menyentuh hati ramai apabila berjaya mengumpul RM80,000 melalui hasil jualan lukisannya.
Si cilik berbakat besar itu telah menjualkan 95 keping hasil seninya melalui kempen kutipan derma Maryam Saves A Heart (MSAH) untuk disalurkan kepada kanak-kanak yang memerlukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
"Disebabkan kekurangan dana, ada kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan," kata ibunya, Sharifah Sarah yang memulakan inisiatif MSAH.
Memetik laporan The Star Online itu lagi, Maryam sudah mula melukis sejak berusia enam tahun lagi.
"Apabila saya dan suami melihat hasil lukisan pertamanya kami sedar bakatnya itu perlu digilap.
"Penting untuk Maryam tahu dia turut menyumbang kepada masyarakat dan melakukan perubahan biarpun berdepan kekurangan," tambahnya.
Maryam menggunakan cat jenis akrilik dan mengaplikasi pelbagai teknik melukis termasuk hanya menggunakan jari, swab painting (putik kapas), berus dan span.
Sementara itu, Jarrett Ho yang kini berusia empat tahun pula punyai cara tersendiri untuk meraikan ulangtahun kelahirannya kali ini.
Jika kanak-kanak lain mahukan sambutan meriah dan hadiah besar-besar, Jarrett pula menghasilkan sandwich mentega kekacang dan coklat untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.
Menyahut cabaran sekolah tadikanya, The Mustard Seed School, Jarrett berjaya melunaskan niat murninya itu.
"Kami sangat berbangga dengan cara Jarrett. Sebenarnya kami mahu membelikan mainan sepertimana tahun sebelum ini tetapi dia bertegas untuk melakukan cara ini sempena hari jadinya," kata ibunya, Tan Chin Yi kepada Malay Mail.
Kakak Jarrett, Maya yang kini berusia tujuh tahun turut membantunya menyediakan 50 pek sandwich untuk diagihkan.
Selain itu, Jarrett turut menghasilkan lukisan poster dan berjaya mengumpul dana bernilai RM2,300 daripada penyumbang di Facebook dan WhatsApp.
Wang tersebut disumbangkan kepada food bank Caltex Setia Alam dan sandwich itu turut diletakkan bersama.
Sumber: Malay Mail, The Star Online