Gaya Hidup
Budaya Cashless Makin Berkembang... Sampai Pasar Raya Nak Lancar E-Wallet Sendiri?
Sejak kerajaan memperkenalkan budaya sistem transaksi tanpa wang (cashless) sekitar tahun lalu, pelbagai aplikasi E-wallet atau dompet digital telah mula berkembang dan diterima ramai.
Antara yang mendominasi pasaran ketika ini antaranya Boost, Touch n Go, Grab Pay, Fave Pay dan Razer Pay.
Namun, tidak lama lagi satu aplikasi dari syarikat peruncitan terkemuka negara, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) berkemungkinan menyertai komuniti E-wallet ini.
Menerusi pemantauan di Google Play Store dan Apple App Store, Mydin dilihat telah membangunkan aplikasi Mydin E-wallet.
Berdasarkan gambar pada kedua-dua platform itu, ia memperlihatkan kebolehan E-wallet Mydin untuk membuat tambah-nilai selain memudahkan pengguna membuat pemantauan perbelanjaan mereka.
Selain itu, bagi setiap transaksi juga turut disertakan tarikh pembelian dibuat.
Kesemua fungsi ini sekali gus membolehkan pengguna merancang dan mengawal pembelanjaan barangan rumah mereka.
Buat masa ini, ia masih belum dilancarkan ataupun ditawarkan kepada pengguna, namun kita sama-samalah menunggu pengumuman rasmi daripada Mydin tidak lama lagi.
Must-Watch Video